Pada hari Sabtu yang lepas Panitia jQAF dengan kerjasama Panitia Agama Islam telah berjaya melaksanakan Kem Bestari Solat untuk murid-murid tahun 6. Mereka merupakan perintis pertama program jQAF. Peserta kem telah mendaftar sejak jam 7.00 pagi lagi. Mereka nampak bersemangat dan tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan aktiviti tersebut.

Selepas taklimat untuk para peserta dan fasilitator aktiviti yang pertama dimulakan dengan mengulangkaji bacaan dalam solat serta perlakuannya. Para peserta memberi kerjasama yang baik ketika aktiviti dijalankan.

Aktiviti yang kedua ialah menghafaz surah Al-Fatihah, At-Tin, Ad-Dhuha dan As-Syarhu. Ia bertujuan untuk melatih peserta terutamanya peserta lelaki agar dapat mempraktikkan surah-surah tambahan tersebut semasa menjadi imam kelak.

Setelah dua aktiviti dijalankan para peserta berhenti rehat untuk sarapan pagi.

Aktiviti yang seterusnya ialah menghafaz wirid dan doa selepas solat. Peserta didedahkan dengan adab-adab berdoa dan tujuan berdoa kepada Allah. Keperluan untuk berdoa perlu diterangkan kepada peserta agar mereka tahu mengapakah doa itu amat penting dalam kehidupan seharian kita sebagai muslim. Selepas itu peserta pun melakukan amali wuduk. Setiap aktiviti yang dilaksanakan akan dinilai oleh fasilitator samada peserta dapat menguasai bacaan dan rukun terutamanya dalam aktiviti amali wuduk dan amali solat.

Selepas solat Zohor berjemaah para peserta mendengar ceramah yang bertajuk Solat Jenazah dan amali solat jenazah. Peserta kem nampak bersemangat sekali kerana ini adalah perkara baru yang dipelajari oleh mereka.

Program Kem Bestari Solat sebenarnya banyak memberikan manfaat kepada peserta namun semua usaha murni ini hanya sia-sia sekiranya ia tidak terus dipraktikkan ketika peserta berada di rumah. Pengisian kem ini jika dimanfaatkan dan terus diaplikasikan oleh peserta dengan pemantauan ibubapa di rumah insyaAllah akan membuahkan hasil yang baik. Tetapi jika ianya diabaikan matlamat untuk melahirkan anak-anak yang taat kepada perintah solat mungkin sukar untuk dicapai.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka ketika berumur 10 tahun sekiranya mereka enggan; dan pisahkan tempat tidur mereka."

(Riwayat Al-Hakim dan Abu Daud)



Peserta menjalankan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan.


Selepas selesai menunaikan solat Asar berjemaah.


Selepas menunaikan solat Asar berjemaah.


Mempraktikkan bacaan dalam solat secara beramai-ramai.


Perbincangan kumpulan.



Ustaz Othman memberi bimbingan tentang amali solat jenazah.


Para peserta mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Othman.



Barisan pendidik dan murid-murid menikmati jamuan bersama-sama.


Peserta dan fasilitator berhenti rehat untuk makan tengahari. Wah berselera sungguh adik-adik..


Amali wudhuk.



Perbincangan dalam kumpulan.


Perbincangan dalam kumpulan.


Posted by sitiaminahyaman on Sunday, January 17, 2010
categories: | edit post

1 Responses to Kem Bestari Solat SK RPR Jalan Astana, Kuching

  1. Unik sungguh blog ini. Memang sesuai dengan tajuk di atas.

     

Post a Comment

...Selamat Datang! Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum...

Salam

Rasulullah (Hijjaz)

Muallim (Sami Yusuf)

Jam

Ziarah

My Family

My Family

Followers