Menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan dalam kehidupan kita. Ini adalah kerana ilmu merupakan penyuluh jalan dalam kehidupan kita seharian. Ilmu ialah mengetahui tentang sesuatu perkara di mana perkara yang boleh diketahui itu bergantung pada kemampuan dan usaha yang dilakukan oleh seseorang itu. Menuntut ilmu juga adalah jihad yang dituntut oleh Islam ke atas setiap umatnya. Ia menjadikan seseorang itu menduduki martabat yang tinggi berbanding dengan orang yang tidak berilmu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud

"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".

(Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi.)

Walaupun begitu, sejak akhir-akhir ini adab-adab menuntut ilmu semakin kurang diamalkan oleh pelajar-pelajar dan juga murid-murid di sekolah. Pelbagai kes seperti murid bertumbuk, mencederakan guru juga berlaku. Ini menunjukkan bahawa adab-adab yang sepatutnya diamalkan semakin luntur. Menuntut ilmu hanya sekadar untuk lulus di dalam peperiksaan sahaja tetapi bukan untuk dijadikan sebagai suri penghias akhlak diri. Jesteru itu mari kita sama-sama bermuhasabah diri dan mengamalkan adab-adab yang telah digariskan agar kita tergolong di kalangan para ilmuan yang mendapat keberkatan serta keredhaan Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat.



Adab Murid Terhadap Diri Sendiri

  • Bersihkan hati dari sebarang sifat-sifat mazmumah (keji) seperti sifat riak, takabbur, besar diri, hasad dengki dan iri hati.
  • Bebaskan diri dari sebarang kesibukkan mengenai perkara-perkara dunia yang melalaikan.
  • Merendah diri /tawaduk terhadap ilmu iaitu tidak memandang rendah terhadap ilmu.
  • Elakkan berbincang mengenai perkara-perkara yang khilaf (perselisihan) di kalangan ulamak.


Adab-Adab Seorang Murid Terhadap Guru Menurut Imam Al-Ghazali ialah:


  • Memberikan sepenuh perhatian kepada gurunya.
  • Mendiamkan diri sewaktu guru sedang menyampaikan pelajaran.
  • Menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru.
  • Tidak meninggikan suara terhadap guru, sebaliknya memadailah berkata dengan suara yang didengari.
  • Sekiranya perlu bertanya, pastikan guru bersedia memberikan jawapan.
  • Menghormati guru dihadapan dan dibelakangnya.
  • Menutup kelemahan guru agar tidak didedahkan tanpa keperluan.
  • Mendoakan kebaikkan untuknya.



Oleh itu selaku umat Islam kita hendaklah berusaha menambahkan ilmu dari semasa ke semasa termasuklah ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana darjatnya lebih tinggi di sisi Allah. Salah satu daripada petanda ilmu yang berkat itu adalah apabila bertambahnya ilmu seseorang itu semakin mulia akhlaknya dan semakin bertambah ketakwaannya kepada Allah s..w.t.




Siti Aminah Hj. Yaman
sitiaminahyaman@yahoo.com


Posted by sitiaminahyaman on Saturday, March 13, 2010
categories: | edit post

0 comments

Post a Comment

...Selamat Datang! Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum...

Salam

Rasulullah (Hijjaz)

Muallim (Sami Yusuf)

Jam

Ziarah

My Family

My Family

Followers