Minggu transisi yang dijalankan selama 3 minggu yang bermula pada 4.01.10 baru saja berakhir semalam 22.01.10. Aktiviti yang dijalankan semasa minggu transisi lebih kepada memberi input kepada para peserta tentang pengalaman awal ke sekolah yang mencakupi kemahiran pengurusan kendiri seperti mengemas diri dan membersihkan bilik darjah. Kira-kira 148 orang murid yang mendaftar ke tahun satu pada tahun ini.

Secara keseluruhannya semua murid kelihatan gembira dan bersemangat untuk bersekolah. Namun seperti kebiasaannya pabila melayani karenah murid-murid tahun 1, akan ada kejadian yang perlu dihadapi oleh mereka yang bergelar guru seperti murid terbuang air besar dalam seluar, menangis nak balik dan tidak kurang juga ada yang tidak mahu masuk ke dalam bilik darjah. Namun semuanya ini merupakan asam garam dalam kehidupan yang namanya alam persekolahan.



Murd-murid tekun mendengar ucapan Guru Besar



Wajah-wajah si kecil.



Barisan penerima anugerah dari kiri Mohd. Afiqri, Anugerah Ketrampilan Terbaik; Hajar Syamimi, Penolong Ketua Kelas; Mohd. Nizam, Ketua Kelas;
Sh. Alleeya, Anugerah Rakan Pembimbing; Nor Afiifah, Anugerah Disiplin Terbaik.



Murid-murid Tahun 1 Kuning 2010

Read More
Posted by sitiaminahyaman on Saturday, January 23, 2010


Pada hari Sabtu yang lepas Panitia jQAF dengan kerjasama Panitia Agama Islam telah berjaya melaksanakan Kem Bestari Solat untuk murid-murid tahun 6. Mereka merupakan perintis pertama program jQAF. Peserta kem telah mendaftar sejak jam 7.00 pagi lagi. Mereka nampak bersemangat dan tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan aktiviti tersebut.

Selepas taklimat untuk para peserta dan fasilitator aktiviti yang pertama dimulakan dengan mengulangkaji bacaan dalam solat serta perlakuannya. Para peserta memberi kerjasama yang baik ketika aktiviti dijalankan.

Aktiviti yang kedua ialah menghafaz surah Al-Fatihah, At-Tin, Ad-Dhuha dan As-Syarhu. Ia bertujuan untuk melatih peserta terutamanya peserta lelaki agar dapat mempraktikkan surah-surah tambahan tersebut semasa menjadi imam kelak.

Setelah dua aktiviti dijalankan para peserta berhenti rehat untuk sarapan pagi.

Aktiviti yang seterusnya ialah menghafaz wirid dan doa selepas solat. Peserta didedahkan dengan adab-adab berdoa dan tujuan berdoa kepada Allah. Keperluan untuk berdoa perlu diterangkan kepada peserta agar mereka tahu mengapakah doa itu amat penting dalam kehidupan seharian kita sebagai muslim. Selepas itu peserta pun melakukan amali wuduk. Setiap aktiviti yang dilaksanakan akan dinilai oleh fasilitator samada peserta dapat menguasai bacaan dan rukun terutamanya dalam aktiviti amali wuduk dan amali solat.

Selepas solat Zohor berjemaah para peserta mendengar ceramah yang bertajuk Solat Jenazah dan amali solat jenazah. Peserta kem nampak bersemangat sekali kerana ini adalah perkara baru yang dipelajari oleh mereka.

Program Kem Bestari Solat sebenarnya banyak memberikan manfaat kepada peserta namun semua usaha murni ini hanya sia-sia sekiranya ia tidak terus dipraktikkan ketika peserta berada di rumah. Pengisian kem ini jika dimanfaatkan dan terus diaplikasikan oleh peserta dengan pemantauan ibubapa di rumah insyaAllah akan membuahkan hasil yang baik. Tetapi jika ianya diabaikan matlamat untuk melahirkan anak-anak yang taat kepada perintah solat mungkin sukar untuk dicapai.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka ketika berumur 10 tahun sekiranya mereka enggan; dan pisahkan tempat tidur mereka."

(Riwayat Al-Hakim dan Abu Daud)



Peserta menjalankan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan.


Selepas selesai menunaikan solat Asar berjemaah.


Selepas menunaikan solat Asar berjemaah.


Mempraktikkan bacaan dalam solat secara beramai-ramai.


Perbincangan kumpulan.



Ustaz Othman memberi bimbingan tentang amali solat jenazah.


Para peserta mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Othman.



Barisan pendidik dan murid-murid menikmati jamuan bersama-sama.


Peserta dan fasilitator berhenti rehat untuk makan tengahari. Wah berselera sungguh adik-adik..


Amali wudhuk.



Perbincangan dalam kumpulan.


Perbincangan dalam kumpulan.


Read More
Posted by sitiaminahyaman on Sunday, January 17, 2010



Bahan-bahan (Sajian untuk 3-5 orang)

- 1 kg ambal segar

- 3 biji cili kering

- 2 batang serai

- 1 peket santan atau 1 kg kelapa parut.

- 2 sudu serbuk kunyit.

- Garam dan gula secukup rasa




Cara-caranya :

1. Gorengkan ambal tanpa menggunakan minyak sehingga kering & kekuningan.

2. Asingkan ambal ke dalam bekas yang lain.

3. Didihkan santan.

4. Masukkan serbuk kunyit, serai dan cili kering.

5. Tunggu sehingga santan pecah minyak.

6. Masukkan ambal, garam dan gula secukup rasa.

7. Tunggu sehingga masak.




Selamat mencuba!


Siti Aminah Hj. Yaman
sitiaminahyaman@yahoo.com

Read More
Posted by sitiaminahyaman on Tuesday, January 5, 2010
0 comments
categories: | | edit post


Bahan-bahan (Sajian untuk 3 - 5 orang) :


- 1 kg udang

- 1 tin susu cair

- 5 sudu Nestum

- 3 sudu butter

- 3 ulas bawang putih

- 2 biji cili kering

- 2 tangkai daun kari

- Lada sulah secukup rasa

- Garam secukup rasa

- Gula secukup rasa

- Minyak masak



Cara-caranya :

1. Panaskan 2 sudu butter dan minyak masak ke dalam kuali.

2. Gaulkan udang dengan garam dan goreng udang sehingga garing.

3. Setelah selesai menggoreng udang, asingkan udang tersebut di dalam bekas yang lain.

4. Bersihkan kuali setelah menggoreng udang tadi.

5. Panaskan 3 sudu butter.

6. Tumis bawang putih yang telah dicincang, daun kari dan cili kering sehingga naik bau.

7. Masukkan susu cair dan gula secukup rasa.

8. Kacau rata sehingga susu tersebut kelihatan pekat.

9. Masukkan udang tadi, dan gaulkan rata.

10. Masukkan nestum dan gaul rata.

11. Gaulkan sehingga sebati dan kering.

12. Hidangkan untuk disantap bersama orang yang tersayang.


Selamat mencuba!

Bagi yang telah mencuba diharap dapat memberi komen anda di sini untuk dikongsi bersama.


Siti Aminah Hj Yaman
sitiaminahyaman@yahoo.com

Read More
Posted by sitiaminahyaman on Friday, January 1, 2010
0 comments
categories: | | edit post
...Selamat Datang! Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum...

Salam

Rasulullah (Hijjaz)

Muallim (Sami Yusuf)

Jam

Ziarah

My Family

My Family

Followers