Menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan dalam kehidupan kita. Ini adalah kerana ilmu merupakan penyuluh jalan dalam kehidupan kita seharian. Ilmu ialah mengetahui tentang sesuatu perkara di mana perkara yang boleh diketahui itu bergantung pada kemampuan dan usaha yang dilakukan oleh seseorang itu. Menuntut ilmu juga adalah jihad yang dituntut oleh Islam ke atas setiap umatnya. Ia menjadikan seseorang itu menduduki martabat yang tinggi berbanding dengan orang yang tidak berilmu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud

"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".

(Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi.)

Walaupun begitu, sejak akhir-akhir ini adab-adab menuntut ilmu semakin kurang diamalkan oleh pelajar-pelajar dan juga murid-murid di sekolah. Pelbagai kes seperti murid bertumbuk, mencederakan guru juga berlaku. Ini menunjukkan bahawa adab-adab yang sepatutnya diamalkan semakin luntur. Menuntut ilmu hanya sekadar untuk lulus di dalam peperiksaan sahaja tetapi bukan untuk dijadikan sebagai suri penghias akhlak diri. Jesteru itu mari kita sama-sama bermuhasabah diri dan mengamalkan adab-adab yang telah digariskan agar kita tergolong di kalangan para ilmuan yang mendapat keberkatan serta keredhaan Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat.



Adab Murid Terhadap Diri Sendiri

  • Bersihkan hati dari sebarang sifat-sifat mazmumah (keji) seperti sifat riak, takabbur, besar diri, hasad dengki dan iri hati.
  • Bebaskan diri dari sebarang kesibukkan mengenai perkara-perkara dunia yang melalaikan.
  • Merendah diri /tawaduk terhadap ilmu iaitu tidak memandang rendah terhadap ilmu.
  • Elakkan berbincang mengenai perkara-perkara yang khilaf (perselisihan) di kalangan ulamak.


Adab-Adab Seorang Murid Terhadap Guru Menurut Imam Al-Ghazali ialah:


  • Memberikan sepenuh perhatian kepada gurunya.
  • Mendiamkan diri sewaktu guru sedang menyampaikan pelajaran.
  • Menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru.
  • Tidak meninggikan suara terhadap guru, sebaliknya memadailah berkata dengan suara yang didengari.
  • Sekiranya perlu bertanya, pastikan guru bersedia memberikan jawapan.
  • Menghormati guru dihadapan dan dibelakangnya.
  • Menutup kelemahan guru agar tidak didedahkan tanpa keperluan.
  • Mendoakan kebaikkan untuknya.



Oleh itu selaku umat Islam kita hendaklah berusaha menambahkan ilmu dari semasa ke semasa termasuklah ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana darjatnya lebih tinggi di sisi Allah. Salah satu daripada petanda ilmu yang berkat itu adalah apabila bertambahnya ilmu seseorang itu semakin mulia akhlaknya dan semakin bertambah ketakwaannya kepada Allah s..w.t.




Siti Aminah Hj. Yaman
sitiaminahyaman@yahoo.com


Read More
Posted by sitiaminahyaman on Saturday, March 13, 2010
0 comments
categories: | | edit post

Kesakitan ketika bersalin merupakan nikmat Allah kepada kaum wanita. Ini adalah kerana kesakitan yang dirasainya itu merupakan ujian keimanan seseorang yang bakal bergelar ibu. Melalui rasa sakit yang dialami oleh ibu akan menambahkan lagi rasa kasih sayang terhadap anak yang dilahirkannya. Di situlah kunci kepada kesanggupan pengorbanan yang telah dilakukan dan akan dilakukan oleh si ibu berbanding dengan si bapa.

Di dalam sebuah hadis ada disebutkan jika kita sabar menempuh kesakitan, disamping memanjatkan kesyukuran dan memuji kebesaran Allah s.w.t., nescaya segala dosa kita yang lalu akan diampunkan-Nya. Bahkan bagi wanita yang tergadai nyawanya ketika berjuang melahirkan anak, akan diangkat darjatnya kepada SYAHID! Begitulah betapa tinggi dan besarnya rahmat Allah s.w.t. terhadap kaum wanita yang menghadapi penderitaan dan kesakitan ketika berjuang untuk bersalin.

Oleh itu, ibu yang hamil hendaklah banyak membaca ayat-ayat Al-Quran ketika telah ada rasa sakit untuk bersalin. Antara ayat-ayat yang perlu diamalkan ialah;

1. Surah Al-Anbiya' ayat 87

2. Surah Kursi Al-Baqarah ayat 255




3. Surah Al-A'raf ayat 54


4. Surah Al-Ikhlas



4. Surah Al-Falaq



5. Surah An-Nas


Mudah-mudahan berkat amalan ini, ALlah s.w.t. memberikan kepada kita kekuatan dalam mengharungi dugaan sewaktu bersalin, dan mudah-mudahan Allah menjauhi kita daripada sakit yang tidak tertanggung oleh badan kita dan keselamatan sesudah melahirkan cahaya mata kita.

Wallahu a'lam.


Siti Aminah Yaman
sitiaminahyaman@yahoo.com

Read More
Posted by sitiaminahyaman on Thursday, March 4, 2010


Dididklah anak-anak kita dengan akhlak yang mulia dengan mencontohi tauladan sepertimana akhlak insan yang paling mulia Rasulullah s.a.w.



Rasulullah s.a.w. - Hijjaz

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Read More
Posted by sitiaminahyaman on Thursday, February 25, 2010
0 comments
categories: | | edit post

Minggu transisi yang dijalankan selama 3 minggu yang bermula pada 4.01.10 baru saja berakhir semalam 22.01.10. Aktiviti yang dijalankan semasa minggu transisi lebih kepada memberi input kepada para peserta tentang pengalaman awal ke sekolah yang mencakupi kemahiran pengurusan kendiri seperti mengemas diri dan membersihkan bilik darjah. Kira-kira 148 orang murid yang mendaftar ke tahun satu pada tahun ini.

Secara keseluruhannya semua murid kelihatan gembira dan bersemangat untuk bersekolah. Namun seperti kebiasaannya pabila melayani karenah murid-murid tahun 1, akan ada kejadian yang perlu dihadapi oleh mereka yang bergelar guru seperti murid terbuang air besar dalam seluar, menangis nak balik dan tidak kurang juga ada yang tidak mahu masuk ke dalam bilik darjah. Namun semuanya ini merupakan asam garam dalam kehidupan yang namanya alam persekolahan.



Murd-murid tekun mendengar ucapan Guru Besar



Wajah-wajah si kecil.



Barisan penerima anugerah dari kiri Mohd. Afiqri, Anugerah Ketrampilan Terbaik; Hajar Syamimi, Penolong Ketua Kelas; Mohd. Nizam, Ketua Kelas;
Sh. Alleeya, Anugerah Rakan Pembimbing; Nor Afiifah, Anugerah Disiplin Terbaik.



Murid-murid Tahun 1 Kuning 2010

Read More
Posted by sitiaminahyaman on Saturday, January 23, 2010


Pada hari Sabtu yang lepas Panitia jQAF dengan kerjasama Panitia Agama Islam telah berjaya melaksanakan Kem Bestari Solat untuk murid-murid tahun 6. Mereka merupakan perintis pertama program jQAF. Peserta kem telah mendaftar sejak jam 7.00 pagi lagi. Mereka nampak bersemangat dan tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan aktiviti tersebut.

Selepas taklimat untuk para peserta dan fasilitator aktiviti yang pertama dimulakan dengan mengulangkaji bacaan dalam solat serta perlakuannya. Para peserta memberi kerjasama yang baik ketika aktiviti dijalankan.

Aktiviti yang kedua ialah menghafaz surah Al-Fatihah, At-Tin, Ad-Dhuha dan As-Syarhu. Ia bertujuan untuk melatih peserta terutamanya peserta lelaki agar dapat mempraktikkan surah-surah tambahan tersebut semasa menjadi imam kelak.

Setelah dua aktiviti dijalankan para peserta berhenti rehat untuk sarapan pagi.

Aktiviti yang seterusnya ialah menghafaz wirid dan doa selepas solat. Peserta didedahkan dengan adab-adab berdoa dan tujuan berdoa kepada Allah. Keperluan untuk berdoa perlu diterangkan kepada peserta agar mereka tahu mengapakah doa itu amat penting dalam kehidupan seharian kita sebagai muslim. Selepas itu peserta pun melakukan amali wuduk. Setiap aktiviti yang dilaksanakan akan dinilai oleh fasilitator samada peserta dapat menguasai bacaan dan rukun terutamanya dalam aktiviti amali wuduk dan amali solat.

Selepas solat Zohor berjemaah para peserta mendengar ceramah yang bertajuk Solat Jenazah dan amali solat jenazah. Peserta kem nampak bersemangat sekali kerana ini adalah perkara baru yang dipelajari oleh mereka.

Program Kem Bestari Solat sebenarnya banyak memberikan manfaat kepada peserta namun semua usaha murni ini hanya sia-sia sekiranya ia tidak terus dipraktikkan ketika peserta berada di rumah. Pengisian kem ini jika dimanfaatkan dan terus diaplikasikan oleh peserta dengan pemantauan ibubapa di rumah insyaAllah akan membuahkan hasil yang baik. Tetapi jika ianya diabaikan matlamat untuk melahirkan anak-anak yang taat kepada perintah solat mungkin sukar untuk dicapai.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka ketika berumur 10 tahun sekiranya mereka enggan; dan pisahkan tempat tidur mereka."

(Riwayat Al-Hakim dan Abu Daud)



Peserta menjalankan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan.


Selepas selesai menunaikan solat Asar berjemaah.


Selepas menunaikan solat Asar berjemaah.


Mempraktikkan bacaan dalam solat secara beramai-ramai.


Perbincangan kumpulan.



Ustaz Othman memberi bimbingan tentang amali solat jenazah.


Para peserta mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Othman.



Barisan pendidik dan murid-murid menikmati jamuan bersama-sama.


Peserta dan fasilitator berhenti rehat untuk makan tengahari. Wah berselera sungguh adik-adik..


Amali wudhuk.



Perbincangan dalam kumpulan.


Perbincangan dalam kumpulan.


Read More
Posted by sitiaminahyaman on Sunday, January 17, 2010



Bahan-bahan (Sajian untuk 3-5 orang)

- 1 kg ambal segar

- 3 biji cili kering

- 2 batang serai

- 1 peket santan atau 1 kg kelapa parut.

- 2 sudu serbuk kunyit.

- Garam dan gula secukup rasa




Cara-caranya :

1. Gorengkan ambal tanpa menggunakan minyak sehingga kering & kekuningan.

2. Asingkan ambal ke dalam bekas yang lain.

3. Didihkan santan.

4. Masukkan serbuk kunyit, serai dan cili kering.

5. Tunggu sehingga santan pecah minyak.

6. Masukkan ambal, garam dan gula secukup rasa.

7. Tunggu sehingga masak.




Selamat mencuba!


Siti Aminah Hj. Yaman
sitiaminahyaman@yahoo.com

Read More
Posted by sitiaminahyaman on Tuesday, January 5, 2010
0 comments
categories: | | edit post


Bahan-bahan (Sajian untuk 3 - 5 orang) :


- 1 kg udang

- 1 tin susu cair

- 5 sudu Nestum

- 3 sudu butter

- 3 ulas bawang putih

- 2 biji cili kering

- 2 tangkai daun kari

- Lada sulah secukup rasa

- Garam secukup rasa

- Gula secukup rasa

- Minyak masak



Cara-caranya :

1. Panaskan 2 sudu butter dan minyak masak ke dalam kuali.

2. Gaulkan udang dengan garam dan goreng udang sehingga garing.

3. Setelah selesai menggoreng udang, asingkan udang tersebut di dalam bekas yang lain.

4. Bersihkan kuali setelah menggoreng udang tadi.

5. Panaskan 3 sudu butter.

6. Tumis bawang putih yang telah dicincang, daun kari dan cili kering sehingga naik bau.

7. Masukkan susu cair dan gula secukup rasa.

8. Kacau rata sehingga susu tersebut kelihatan pekat.

9. Masukkan udang tadi, dan gaulkan rata.

10. Masukkan nestum dan gaul rata.

11. Gaulkan sehingga sebati dan kering.

12. Hidangkan untuk disantap bersama orang yang tersayang.


Selamat mencuba!

Bagi yang telah mencuba diharap dapat memberi komen anda di sini untuk dikongsi bersama.


Siti Aminah Hj Yaman
sitiaminahyaman@yahoo.com

Read More
Posted by sitiaminahyaman on Friday, January 1, 2010
0 comments
categories: | | edit post



Bahan-bahan (Sajian untuk 3 - 5 orang) :


- 1 mangkuk kecil nasi

- 1 kilo sotong



Bahan A


- 2 ulas bawang putih

- 2 biji cili merah

- 1/2 sudu teh kunyit

- Garam secukup rasa



Bahan B


- 2 sudu teh serbuk kunyit

- 2 sudu teh tepung gandum

- Sedikit air

- Garam secukup rasa


Cara-caranya :

1. Tumbuk halus bahan A dan gaulkan dengan nasi.

2. Sumbatkan nasi yang telah digaul dengan ramuan tadi ke dalam sotong.

3. Sematkan sotong dengan menggunakan kayu pencungkil yang tajam.

4. Panaskan minyak di kuali dengan api sederhana kemudian perlahankan api.

5. Gaulkan sotong yang telah disemat dengan bahan B tadi dan gorengkan hingga kekuningan.

6. Hidangkan mengikut citarasa masing-masing.



Selamat mencuba di rumah.


Bagi yang telah mencuba diharap dapat memberi komen di blog ini untuk dikongsi bersama.


Siti Aminah Hj. Yaman
sitiaminahyaman@yahoo.com

Read More
Posted by sitiaminahyaman on Sunday, December 27, 2009
0 comments
categories: | | edit post

Tahniah bagi para ibu yang sedang mengandung, Selain dari penjagaan makanan serta kesihatan ibu…makanan rohani untuk ibu dan bayi janganlah dilupakan. Oleh itu bagi ibu-ibu yang sedang mengandungkan anak ketika ini eloklah mengamalkan amalan-amalan yang baik antaranya.

Banyakkan Bertaubat

Memperbanyakkan taubat kepada Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan. Mudah-mudahan zuriat yang dilahirkan menjadi insan yang bertaqwa.


Menutup Aurat

Selain itu hendaklah sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan dan ajaran Islam. Agar hidup diberkati dan diredhai Allah.


Banyak membaca ayat-ayat suci Al-Quran antaranya;

1. Membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi


2. Membaca surah Yassin hingga akhir


3. Membaca surah At-Taubat hingga akhir


4. Membaca surah Yusuf hingga akhir agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna


5. Membaca surah Luqman hingga akhir agar memperolehi anak yang taat


6. Membaca surah Maryam hingga akhir untuk memperolehianak yang sabar dan taat.


7. Membaca surah An Nahl ayat 78.


8. Membaca surah Al A’raf ayat 189.


Saya berharap agar kita sama-sama dapat memanfaatkan dan mengamalkan amalan-amalan yang baik ini ketika mengandungkan anak. Di samping itu juga amalkan membaca Al-Quran dan memperbanyakkan qiamullail terutamanya pada bulan Ramadhan. Semoga segala usaha kita akan diberkati oleh Allah.



Ustazah Siti Aminah Hj Yaman

sitiaminahyaman@yahoo.com

Read More
Posted by sitiaminahyaman on
...Selamat Datang! Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum...

Salam

Rasulullah (Hijjaz)

Muallim (Sami Yusuf)

Jam

Ziarah

My Family

My Family

Followers