
Banyakkan Bertaubat
Memperbanyakkan taubat kepada Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan. Mudah-mudahan zuriat yang dilahirkan menjadi insan yang bertaqwa.
Menutup Aurat
Selain itu hendaklah sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan dan ajaran Islam. Agar hidup diberkati dan diredhai Allah.
Banyak membaca ayat-ayat suci Al-Quran antaranya;
1. Membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi
2. Membaca surah Yassin hingga akhir
3. Membaca surah At-Taubat hingga akhir
4. Membaca surah Yusuf hingga akhir agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna
5. Membaca surah Luqman hingga akhir agar memperolehi anak yang taat
6. Membaca surah Maryam hingga akhir untuk memperolehianak yang sabar dan taat.
7. Membaca surah An Nahl ayat 78.
8. Membaca surah Al A’raf ayat 189.
Saya berharap agar kita sama-sama dapat memanfaatkan dan mengamalkan amalan-amalan yang baik ini ketika mengandungkan anak. Di samping itu juga amalkan membaca Al-Quran dan memperbanyakkan qiamullail terutamanya pada bulan Ramadhan. Semoga segala usaha kita akan diberkati oleh Allah.
Ustazah Siti Aminah Hj Yaman
sitiaminahyaman@yahoo.com
Salam Puan.
Artikel yang baik sebagai dakwah. Jemput ke MomBloggersPlanet.com (MBP) untuk berkongsi ilmu dan maklumat tentang penjagaan anak. Saya salah seorang Penulis Tamu di MBP.